Meninggalkan Hari Semalam Yang Pahit...Walau Dalam Payah Yang Amat...
Mendatangi Hari ini.....Dalam Tenang Yang Rela......
Menunggu Hari Esok....Dengan Harapan.

Sunday, February 7, 2010

Ke majlis kenduri kahwin.....

Hari ni ada 2 undangan ke majlis perkahwinan...

Mula-mula kami ke Puchong...kenduri kahwin anak kawan hubby (jiran lama keluarga hubby masa dia bebudak dulu)...rasa cam jejak kasih pulak. Keluarga hubby pun ramai yang berkesempatan datang...Mak,Angah,Minah,Ucin & Ija, Adik & Zila dan anak2 buah...berpeluk sakan kami sebab dah lama tak jumpa...bukan berjauhan sangat sebenarnya...tapi masa membataskan.

Sayang...tak sempat nak ambik foto pengantin (pengantin lum sampai)...kami tak leh berlengah...tak boleh nak nungu lama... sebab kereta kami parking kat bas stop je tadi...takut kena saman lak.



('Gift' dari keluarga pengantin...TQ)
Selamat Pengantin Baru Lahaina & Shaiful...dari kami sekeluarga.


Selesai di Puchong...kami gerak ke Pantai Dalam lak...majlis kenduri kahwin kawan sepejabat Along.


(Pengantin diarak menaiki 'tandu'...unik gak)

Selamat Pengantin Baru Rozana & Borhan...dari kami sekeluarga

(Paluan kompang...memeriahkan suasana)

(Arul & Deqya...ceria menghirup ice blended...selepas selesai menikmati nasi minyak)


No comments:

Post a Comment