Dia merupakan orang kuat Panasonic Group. Dah lama rasanya dia tak menjenguk kami..seingat aku kali terakhir dia datang adalah pada tahun 2008 (beberapa bulan selepas pemergian mendiang Sano San..bekas MD kami).
Berjumpa semula dengan Yamamoto San ni, mengingatkan aku kembali pada Sano San (mendiang) yang memang 'friendly' dengan sesiapa saja. Dia akan melayan customer@supplier yang datang ke pejabat kami dengan mesra. Setiap kali kalau ada perbincangan@mesyuarat yang melibatkan mendiang...suasana tak akan sepi atau tertekan...mesti ada gelak tawanya...kini hanya tinggal kenangan.
Sebelum meninggalkan ofis kami...sempat gak Yamamoto san menghulurkan buah tangan untuk kami...wah...coklat. 'Arigato Gozaimas' kataku....'sama-sama' jawab Yamamoto san (sebenarnya dia boleh berbahasa Indonesia...fasih amat)
No comments:
Post a Comment