Meninggalkan Hari Semalam Yang Pahit...Walau Dalam Payah Yang Amat...
Mendatangi Hari ini.....Dalam Tenang Yang Rela......
Menunggu Hari Esok....Dengan Harapan.

Sunday, March 28, 2010

Ke Hospital Serdang.....

Lewat petang Hubby ajak gi Hospital Serdang...melawat Abg Andak (kawan sekerja Hubby yang juga jiran lamaku masa bebudak dulu). Abg Andak ada masaalah jantung dan menunggu giliran untuk dibuat pembedahan.




Wad 6E tempat Abg Andak ditempatkan...dia kelihatan ceria sikit walaupun nampak susut sesangat...bercerita tak henti2 sambil ketawa...
Doa kami sekeluarga agar Abg Andak selamat menjalani pembedahan dan akan cepat sembuh seperti sediakala.
"Bila kita disakitkan oleh NYA....itu bermakna DIA lebih sayangkan kita"

Saturday, March 27, 2010

Bunga Telur untuk hantaran Angah...

Balik dari kenduri umah Kak Zahariah tadi...singgah jap kat Nilai 3...beli riben dan manik2 untuk nak buat bunga telur hantaran Angah nanti. Intai2 gak bunga2 telur yang dah siap...tapi tak berkenan di hati.


Sampai je umah....ermmmm....operasi bermula.....



(Sediakan kelopak bunga dan daun dulu...)


(Kelopak Bunga dan manik2...)



(Dah siap dijadikan kuntuman...)

(Hijau , putih & silver theme...larut malam baru siap wehhhh....longoh pinggang den)



Nasi Beriani di Paroi...

Sekarang ni memang musim kenduri-kendara. Tiap-tiap minggu (Sabtu & Ahad), mesti ada jemputan, kekadang tu sampai 2 @ 3 jemputan sekali.




Ini kenduri kahwin anak kawan sepejabat Hubby (Kak Zahariah & Abg Ramli)di Paroi N9. Oleh kerana kami sampai awal dan balik awal (Hubby dalam tugas), jadi tak sempatlah kami nak tenguk pengantin bersanding, sn ap pelamin je lah. Apa2 pun...kepada dua mempelai (Mohd Azizi & Nurulain)... selamat menempuh alam rumahtangga...semoga kekal bahagia selamanya..Insyaallah.


(Gift dari keluarga pengantin.....TQ)







Monday, March 22, 2010

Kenduri Kahwin Di Mantin N9...

Majlis ini diadakan di Dewan Perbandaran Mantin...berdekatan dengan rumah pengantin (sepupu Hubby).


(Pelamin Raja Sehari.....putih & maroon)



(Ketibaan Pengantin...)


(Sessi bergambar...)


(Along, Abe & Mardiah.....turut membantu)

Bunga Rampai....

Sebut je bunga rampai...mesti semua orang akan terbayangkan daun pandan yang dihiris halus, dicampur bunga-bungaan sikit dan minyak wangi.

Sebenarnya bukan mudah untuk menyediakan bunga rampai ni...

Malam minggu tu kami jenguk rumah pengantin jap (sepupu Hubby kat Mantin). Masa kami sampai...ada satu group tengah nak buat bunga rampai (bebudak), mungkin sebab mereka tidak ada pengetahuan tentang bunga rampai ni...dia orang guna gunting untuk menggunting daun pandan tu...wah...kasar sangat.

Aku dan Ija(sepupu Hubby) mintak dia orang belikan 'pisau blade' dan tunjukkan kat dia orang cara sebenar menghiris daun pandan untuk bunga rampai ni.

(Ini hasilnya......)

Coffee Village...


Coffee Village ni sebenarnya dah beberapa bulan beroperasi...selalu gak lalu-lalu kat sini...tapi tak tergerak lak hati nak singgah.

Petang tu balik keje Hubby jemput...tetiba Hubby ajak singgah minum kat sini....
Ok gak persekitarannya....nyaman.

(Tenang...ada free WI-FI untuk kemudahan pengunjung)

(Kolam Pancing....ramai gak pemancing petang tu)

(Damai terasa...........)


(set roti bakar...jus epal & milo tarik)


Thursday, March 18, 2010

Puasa Kamis...

Selesai perbincangan dengan Serdang Catering (hampir 1 jam gak), kami gerak balik. Dalam perjalanan....tenguk jam...alamak...dah lewat ni, kalau balik umah...nak masak lauk untuk berbuka mesti tak sempat....so, rengek sikit kat Hubby...ajak singgah kat Alamanda. Hubby kata o.k...tapi kita balik ambik budak2 (Abe & Dekya) dulu...makan sama2.

Sampai Alamanda....ermm...cam biasalah...kalau tak CRS, kat Rasamas lah kami....

(Antara menu pilihan kami.....semua terpaksa nunggu azan maghrib untuk mula santap...heh3)

Dewan Masjid UNITEN.....


Balik keje hari ni Hubby jemput...kami ada temujanji dengan Serdang Catering...Caterer yang bertanggung jawab untuk santapan tetamu di majlis perkahwinan Along & Angah nanti. Pukul 5.45 ptg kami bertemu dan berbincang di Dewan Masjid UNITEN...lokasi majlis itu nanti.


(Dewan Masjid Uniten)

(Persekitaran Masjid....nyaman)

(Kolam ikan.....tenang)

Monday, March 15, 2010

Lauk-pauk untuk berbuka...



Puasa sunat Senin....

Masa kat ofis lagi dah berkira-kira apa nak masak petang ni...so, balik keje...singgah kedai jap...dan...tararaaaaa.........


(Sardin + belimbing buluh, bayam merah + keledek, kerang rebus & sambal kicap)


Projek Bunga Pahar untuk majlis persandingan Along & Angah.....

Sabtu lepas jenguk lagi SSF dan Semua House ....ada lagi bahan yang tak cukup untuk projek bunga pahar ni...

(White, Silver & Pink theme.....)


(Rangka dawai bunga kekecik......)

(Cecair Dip....)


(Bunga kekecik dah siap diap......)

(Bunga Kekecik Dip...)

(Manik dan riben pink/silver...)

(ermmm....camner? comei tak?)

(Longoh pinggang den.........!!!)



Saturday, March 13, 2010

Ikan Terubuk Masin...

Ikan Terubuk Masin (ITM) ni sebenarnya pemberian rakan cyber (yang menyampaikan pada Hubby sewaktu pertemuan mereka di KT tempoh hari).


(Wah...menyelerakan sungguh...terima kasih daun keladi buat Z & Z, kalau ada lagi...bagilah lagi...heheheh)


Wednesday, March 10, 2010

Aku Dan Air Mata....

Untuk Kesekian kalinya...


Sunday, March 7, 2010

Pesta Sukan Air Putrajaya 2010...


Lewat petang...Hubby pulak ajak gi Kompleks Sukan Air Putrajaya. Ada Pesta sukan Air Putrajaya 2010. Tahun-tahun sebelum ni Hubby merupakan salah seorang peserta untuk kategori 'Perahu Naga'...tapi tahun ni Hubby berehat...jadi penonton je.



Oleh kerana dah lewat petang...hanya satu acara je yang sempat aku tonton...tarik tali perahu akhir diantara PDRM(B) dengan Perbadanan Putrajaya (A) ...yang berkesudahan PDRM(B) muncul sebagai juara.



(Team Nuklear Malaysia)(Pemenang2 'Perahu Naga' kategori Agensi Kerajaan....Juara: SMART, Naib Juara: KBS, Ketiga: Agensi Nuklear Malaysia, Keempat: Agensi Nuklear Malaysia...Tahniah untuk semua.....)




Jalan-jalan ke Nilai 3...

Selesai program di dewan ...Along & Haikal ajak gi Nilai 3...nak cari karpet untuk rumah mereka nanti.

Wah...wah...wah...gedung karpet terbesar...naik kelabu mata...tak tahu mana satu nak pilih.




Pusing punya pusing...belek punya belek...lastly Haikal pileh karpet color hijau dan aku sendiri beli hamparan berbunga dari buluh.


Macam biasa...kalau dah sampai ke Nilai 3 ni...kalau tak masuk ke Gedung Perkahwinan ni...memang tak sah. Jadi...apa lagi;



Cuci mata je sebenarnya...tak beli banyak pun, cuma beli sedikit bunga tambahan untuk hantaran Along nanti.

Program bersama Giatmara Daerah...

Ini adalah program pertama kami untuk bulan Mac ni... program bersama Giatmara Daerah.

Dengan 25 orang peserta, program kami bermula dengan kursus asas perniagaan. Banyak maklumat berguna yang kami dapat sepanjang kursus ni...semangat untuk menjadi usahawan tiba-tiba berkobar-kobar...insyaallah.

Selesai kursus pendek asas perniagaan...kami memasuki fasa ke2 program...bengkel jahit manik.
Memang menyeronokkan...walaupun diperingkat awal, terkial2 nak dapatkan seperti yang cikgu ajar.

Dan akhirnya.........



Terima kasih cikgu...atas tunjuk ajar, harap baju raya tahun ni lebih glamor lagi...sebab dah boleh jahit manik sendiri...insyaallah.




Saturday, March 6, 2010

Hari Landskap Negara 2010

Balik je dari kenduri kahwin kat INFRA tadi...kami singgah sekejap kat Taman Tasik Cempaka...ada pameran bunga-bungaan sempena Hari Lanskap Negara 2010. Alhamdulillah...tahun ni ianya diadakan tak jauh dari tempat tinggal kami...jadi adalah kesempatan untuk berkunjung.

Jom layan foto-foto yang sempat ku ambil petang tadi........