Meninggalkan Hari Semalam Yang Pahit...Walau Dalam Payah Yang Amat...
Mendatangi Hari ini.....Dalam Tenang Yang Rela......
Menunggu Hari Esok....Dengan Harapan.

Friday, February 26, 2010

Gotong-royong masak...

Sepatutnya ni N3 semalam...dek kerana kesibukan dari pagi hingga ke tengah malam...jadi, tertunda sikitlah.

Sempena cuti Maulidur Rasul...pepagi lagi (setelah selesai keje2 umah) aku dan kengkawan ke masjid, ada gotong-royong masak untuk majlis sambutan Maulidur Rasul di tempat kami.

Alhamdulillah...ada seorang hamba Allah yang menyedekAdd Imageahkan 2 ekor kambing...kami masak kari.

(Kari kambing...proses pengempukkan daging)

Rupanya, masak kari ni ada petua gak ek...kepada sesapa yang tekanan darahnya tak berapa nak rendah, tentu takut nak menjamah hidangan kari kambing ni...jangan risau..ni ada sedikit petua...semasa proses pengempukkan daging ni...masukkan sedikit air kelapa...ermmm...insyaallah, sesapa pun dapat menikmati hidangan kari kambing ni tanpa perlu risau tekanan darah akan 'up' lepas tu.

Selain dari kari kambing, kami ada gak sediakan ayam masak kicap, daging masak lemak cili api ngan nangka muda, goreng sayur campur, ulaman, ikan masin dan sambal belacan.

Malam...solat jemaah Maghrib, ceramah oleh Ustaz jemputan, solat Isyak dan lepas tu ramai-ramai menikmati hidangan.

Majlis selesai hampir tengah malam.



No comments:

Post a Comment