Meninggalkan Hari Semalam Yang Pahit...Walau Dalam Payah Yang Amat...
Mendatangi Hari ini.....Dalam Tenang Yang Rela......
Menunggu Hari Esok....Dengan Harapan.

Saturday, February 27, 2010

Pameran Pengantin Malaysia

Hutang Khamis lepas...tak kesampaian nak tengok Pameran Pengantin Malaysia. Alhamdulillah,
selepas berehat sekejap sekembali dari shopping2 KL..Malam, Angah ngajak lak gi Alamanda Shopping Center, Putrajaya.
Tercapai hajat......



(Sekitar Pameran Pengantin Malaysia di Putrajaya)

Akhirnya....dapat gak face to face ngan Boss 'Wedding Galore' yang kami selalu jenguk web dia. Setelah berbincang sedikit sebanyak...kami bersetuju untuk menggunakan khidmat 'Wedding Galore' untuk majlis perkahwinan Along dan Angah nanti...Ok Julie, kita jumpa kat kedai U nanti ek.
Selesai booking Pelamin kat 'Wedding Galore', kat singgah lak kat ' SF Creative Card Station"...nak tempah kad...tenguk2 design...pilih warna ikut tema...bincang2 harga...wah ada percuma 'bunting'. Ermmm...Along berpuashati nampaknya ngan design & warna kad ni...jadi, isi borang dan bayar deposit...kami akan berjumpa di Kajang nanti untuk proses selanjutnya.

Alhamdulillah...banyak perkara yang dapat diselesaikan sepanjang hari ni.

Dan sebelum berangkat pulang...singgah jap kat kedai buku...capai beberapa majalah kegemaranku...


Opppsss.....sebelum melangkah pulang...kita minum dulu...

(Aksi Along, Nik, Arul & Dekya di A &W...)


Sabtu yang padat...

Hari ni...belum lagi jam 10 pagi, aku ngan Along dah naik komuter ke KL. Alhamdulillah...dalam komuter taklah sesak sangat...mungkin pengunjung2 Jom Heboh di Bukit Jalil dah bertolak dulu awal pagi tadi.

Sampai je kami KL... lokasi pertama kami...SOGO, banyak offer weh..50%, 70%...WAH...
(kami cuci mata je).

Pastu....cam biasa lah...hampir semua kedai yang berderet tu kami masuki.

Sebenarnya tujuan sebenar kami ke KL hari ni adalah untuk mencari barang2 persiapan hantaran Along dan Angah, mencari bahan2 untuk nak buat bunga telur dan Gift, cari set baju hari kenduri kahwin Along dan Angah...Alhamdulillah, semua selesai.




(Antara yang menarik hati kat SSF....)

Sebelum balik...round2 jap kat pasar malam Jalan TAR...beli Akok Panas, nasi kerabu, Otak2 Gelang Patah, Murtabak daging dan satar ikan.

Lewat petang baru sampai umah.

Friday, February 26, 2010

Gotong-royong masak...

Sepatutnya ni N3 semalam...dek kerana kesibukan dari pagi hingga ke tengah malam...jadi, tertunda sikitlah.

Sempena cuti Maulidur Rasul...pepagi lagi (setelah selesai keje2 umah) aku dan kengkawan ke masjid, ada gotong-royong masak untuk majlis sambutan Maulidur Rasul di tempat kami.

Alhamdulillah...ada seorang hamba Allah yang menyedekAdd Imageahkan 2 ekor kambing...kami masak kari.

(Kari kambing...proses pengempukkan daging)

Rupanya, masak kari ni ada petua gak ek...kepada sesapa yang tekanan darahnya tak berapa nak rendah, tentu takut nak menjamah hidangan kari kambing ni...jangan risau..ni ada sedikit petua...semasa proses pengempukkan daging ni...masukkan sedikit air kelapa...ermmm...insyaallah, sesapa pun dapat menikmati hidangan kari kambing ni tanpa perlu risau tekanan darah akan 'up' lepas tu.

Selain dari kari kambing, kami ada gak sediakan ayam masak kicap, daging masak lemak cili api ngan nangka muda, goreng sayur campur, ulaman, ikan masin dan sambal belacan.

Malam...solat jemaah Maghrib, ceramah oleh Ustaz jemputan, solat Isyak dan lepas tu ramai-ramai menikmati hidangan.

Majlis selesai hampir tengah malam.



Salam Maulidur Rasul....

Sajak Maulidur Rasul

oleh Abuya Syeikh Imam Ashaari Muhammad At-Tamimi

Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,
Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang
berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya
berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul
sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling
dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang
cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan
pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat marihnya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang
mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak
meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya
tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan
kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takuntukan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,
Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan
manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata
terhadap dirinya,
Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa
hamba”
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan
Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makan yang dia suka, susu dan tamar,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan
bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat
manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap
nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sekianlah adanya.

Thursday, February 25, 2010

Tak kesampaian...

Khamis...lastday keje sebelum bercuti 3 hari (cuti Malidurasul dan cuti hujung minggu). Macam biasa, bila hari terakhir setiap bulan kat ofis mesti sibuk...sesangat.

Semalam dah janji ngan Along nak ke Alamanda, Putrajaya....ada Pameran Pengantin Malaysia.


Termengah -mengah membereskan sedikit tugas ( yang tak pernah dapat dibereskan). Jam 1, Angah datang jemput, Along ambik cuti setengah hari gak dan Nik pulak kebetulan offday.....bukan senang nak together2 macam ni (walaupun aku terpaksa ambik cuti dan meninggalkan ofis dengan keje yang tak berapa nak beres).

Sampai je kat Alamanda Shopping Center....kami berempat terus ke lokasi pameran.....

Waduh!!!

Kosong je ruang legar ni....ramai gak pengunjung lain mundar mandir macam tercari-cari sesuatu (macam kami ni), Angah terus ke Kaunter Pertanyaan untuk dapatkan maklumat.
Ada masaalah teknikal ruapanya...mungkin esuk baru ada Pameran tu...

Wah.....kecewa sangat...penat2 ambik cuti, pameran tak jadi pulak, esuk, sabtu dan Ahad dah penuh dengan agenda lain...

Tak kesampaian.......

Apa-apa pun, dah terlanjur together2 ni...apa kata kita 'mamam' dulu...

Restoran pilihan kali ni...RASAMAS



(oleh kerana beberapa hari ni cam putus kasih je ngan nasi...jadi order steak je)

Lepas selesai menjamu selera...temankan Along cari set Make up untuk hantaran...cuci2 mata jap dan balik....

Tuesday, February 23, 2010

Juadah Pagi...




Kita sering mahukan hari yang CERAH, tetapi ALLAH lebih mengetahui hakikatnya HUJAN perlu diturunkan.



Kita sering inginkan KESERONOKAN, jauh sekali KESUSAHAN...tetapi ALLAH lebih mengetahui KESUSAHAN itulah yang mengajar KEHIDUPAN.


Kita sering menginginkan KETENANGAN, hakikatnya jiwa insani penuh dengan DOSA dan KEJAHATAN, tetapi manusia tidak dapat lari dari KESILAPAN.


Semua itu bukan satu HUKUMAN, tetapi sebagai tanda KASIH dan SAYANG ALLAH agar kita lebih BERIMAN...


Friday, February 19, 2010

Kata Penyair...



Sahabatku, demi Allah, tidak ada satu musibah pun yang kekal dalam hidup ini
bagaimanapun beratnya


Jika suatu ketika ia menimpa

Janganlah kita merasa tak terdaya kerananya
Janganlah pula banyak mengeluh
kerana ia pasti akan lenyap

Betapa banyak orang terhormat yang dulunya sering tertimpa musibah
namun ia tabah sampai musibah itu lenyap
dan meninggalkannya

Dan saat kesabaranku muncul dalam musibah
maka musibah terasa ringan



Dan Penyair Lain Menulis...



Hatiku terasa sedih saat menanggung derita
namun terkadang kesengsaraan bagiku ada hikmahnya

Begitu banyak hari
yang diawali dengan kesusahan dan kesedihan
namun berakhir dengan kesenangan dan kegembiraan

Aku tidak merasa berat dengan kesusahan yang menimpaku
kerana aku yakin

akan ada jalan keluar di balik kesusahan



Tuesday, February 16, 2010

Hari Yang Padat Dengan Agenda.....

Pagi ada kelas...kelas anjuran W.I Daerah...aku bersama N.Pengerusi dan Bendahari, wakil cawangan untuk joint kelas tu.

Kelas apa ek?

(Kelas Sulaman Riben Satin.....)

(First time pegang jarum sulam.......)


(Sulaman riben pertama...rose...cikgu kata cantik..)

(Kuntuman bunga serusnya.....)

Dah setengah hari belajar...kami terpaksa minta diri dengan cikgu..belajar yang basic2 je ngan cikgu...janji akan sambung kat umah nanti.

Dari kelas kami terus ke Pusat membeli belah yang berdekatan...nak cari hadiah2 untuk pertandingan yang bakal diadakan sempena Mesyuarat Agung W.I cawangan kami Ahad nanti..

Pusing-pusing...berjam-jam jugalah kami habiskan masa untuk mencari hadiah2 tu...waaaah...penuh 2 troli....

Sebelum balik....ermmm...cuci tekak jap...


(Air Laichikang.....sejuk...)

(Bubur Kacang Hijau...)

Sampai je umah...rehat2 jap...Lewat petang Along n famili (kakak Hubby) dan Razi n famili(adik Hubby) datang....

Cam biasalah...kalau dah berkumpul adik beradik, ipar duai dan anak2 buah tu...chit chat chit chat...minum2...makan2...tup tup...tenguk jam dah hampir sebelas malam...Along berangkat balik ke Klang dan Razi ke Shah Alam.

Bila semua dah balik...teringat janji ngan cikgu siang tadi...kena habiskan sulaman tadi...lama2 takut lupa apa yang diajar cikgu.....Finally.....Jeng...jeng...jeng...ini hasilnya..



Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolonglah...tunjukan

Jam sudah satu pagi........

Saturday, February 13, 2010

14 Feb dan bunga...

Setiap 14 Feb...hubby tak pernah lupa bagi bunga...

Hari ni dapat orkid lak...

Yang peliknya...bunga2 tu hubby tak beli (nampak cam petik je...), ambik katne ek???



(Orkid...14/2/2010...TQ)


Friday, February 12, 2010

Makan Tengahari...

Cuti hari ni ada peluang sikit nak masak untuk makan tengahari...apa tak nya...asal cuti je, mesti ada program luar...ermmm...sepatutnya pun hari ni kami harus berada di Muar untuk meraikan hari perkahwinan anak Pak Usu huby...tapi, huby ada tugas yang tak dapat dielakkan...jadi...kami santai je la kat rumah.

Menu apa tengahari ni ek?

Jom....cuci mata...

(Sambal ikan haruan....ikan hasil pancingan Angah)


(Masak lemak putih labu kuning)


(Sayur kubis + sotong)

Aku dan anak2ku yang ceria....

Masa berlalu begitu pantas rasanya...

Diam tak diam...InsyaAllah... kalau diizinkan Tuhan...Along dan Angah akan memasuki gerbang perkahwinan tidak lama lagi...

Aku sendiri teruja menunggu saat itu...

Along & Angah...izinkan Mak mengenang kembali saat2 ceria kita bersama (yang tak pasti samaada kita masih berkesempatan untuk mengulanginya atau tidak).



(Abe & Dekya...Pahang)

(Abe, Dekya & Alang...Pahang))

(Abe, Angah, Alang & Dekya...Terengganu))

(Dekya, Abe, Angah & Alang...Terengganu))

(Alang, Dekya & Along...Pahang)

Chicken Rice Shop...

Dah lama tak together2 makan kat luar ngan bebudak...malam tadi ada kesempatan sikit...itu pun tak semua gak dapat joint...Angah dan Alang ada tugas.

Macam biasa...kalau kami ke Alamanda, tempat makan kegemaran kami: 'Chicken Rice Shop'.


(Antara menu kegemaran kami sekeluarga...kerabu mangga..itu tak leh tinggal!)

(Menikmati hidangan.......Deqya & Along)

Monday, February 8, 2010

teman baru...

Memunafaat pemberian kawan...


(teman baru mejaku...)

Gelas ni 'gift' masa kenduri kahwin anak kawan hari tu...daripada tersimpan je dalam kabinet kat umah...baik bawak ofis...rendam 'gel' bulat2 tu dan cucuk pokok kecik...ermm...ok gak..sejuk mata memandang...selalu sangat tension kat ofis...bila tenguk pokok kecik ni...release sikit.

Sunday, February 7, 2010

Ke majlis kenduri kahwin.....

Hari ni ada 2 undangan ke majlis perkahwinan...

Mula-mula kami ke Puchong...kenduri kahwin anak kawan hubby (jiran lama keluarga hubby masa dia bebudak dulu)...rasa cam jejak kasih pulak. Keluarga hubby pun ramai yang berkesempatan datang...Mak,Angah,Minah,Ucin & Ija, Adik & Zila dan anak2 buah...berpeluk sakan kami sebab dah lama tak jumpa...bukan berjauhan sangat sebenarnya...tapi masa membataskan.

Sayang...tak sempat nak ambik foto pengantin (pengantin lum sampai)...kami tak leh berlengah...tak boleh nak nungu lama... sebab kereta kami parking kat bas stop je tadi...takut kena saman lak.



('Gift' dari keluarga pengantin...TQ)
Selamat Pengantin Baru Lahaina & Shaiful...dari kami sekeluarga.


Selesai di Puchong...kami gerak ke Pantai Dalam lak...majlis kenduri kahwin kawan sepejabat Along.


(Pengantin diarak menaiki 'tandu'...unik gak)

Selamat Pengantin Baru Rozana & Borhan...dari kami sekeluarga

(Paluan kompang...memeriahkan suasana)

(Arul & Deqya...ceria menghirup ice blended...selepas selesai menikmati nasi minyak)


Saturday, February 6, 2010

La Tahzan...Jangan Bersedih...Don't Be Sad.

Petang tadi..balik dari ofis, singgah jap kat kedai buku. Niat hati nak cari buku rujukan PMR Deqya....call Deqya...tanya dia, buku apa yang dia perlu lagi...Kata Deqya: "buku rujukan dah cukup buat masa ni.....mak tolong belikan calculator". Mundar mandir mencari calculator...tak ada yang seperti diminta Deqya (nanti mak cari kat kedai lain ek....)

Mata terus melilau...mencari buku untuk diri sendiri pulak.....ke rak buku-buku AGAMA...belek-belek....satu,satu dan satu dan satu. 'JANGAN BERSEDIH'...tiba-tiba jejariku terhenti disitu...
Ku capai dan ku selak helaian buku...menarik.....sesuai untuk motivasi diri.



(terus beli....bukan 1, bukan 2...tapi 3 sekali)


Aku dan airmata....


Entah kenapa...sehari dua ni, hati macam terasa sayu sangat...ada saja insiden yang buat air mataku....menitis.

Wednesday, February 3, 2010

Rendang ayam senang aje.....

Hari ni balik dari ofis awal sikit dari biasa...

Sehari dua ni cam tak berapa selera nak makan....tak tau kenapa...masa kat ofis tadi duk fikir2..apa nak masak untuk makan malam nanti...teringat ada ayam dalam peti ais ...rasa cam nak masak rendang...call Arul....mintak dia keluarkan ayam dari peti ais.....senang...balik boleh terus masak.

Sampai umah je..terus ke dapur....bersihkan ayam....blend kan cili kering,bawang merah,bawang putih,lengkuas dan serai.....masuk je dalam kuali.....buh santan...letak garam, gula melaka dan air asam jawa sikit , daun limau purut sikit......kacau sampai hampir kering sikit....siap.




(dah siap terhidang.....jemput makan...)


(Acar timun....pembuka selera)

Hari ni ada tamu....

Hari ni ofisku didatangi tamu....Yamamoto San.

Dia merupakan orang kuat Panasonic Group. Dah lama rasanya dia tak menjenguk kami..seingat aku kali terakhir dia datang adalah pada tahun 2008 (beberapa bulan selepas pemergian mendiang Sano San..bekas MD kami).

Berjumpa semula dengan Yamamoto San ni, mengingatkan aku kembali pada Sano San (mendiang) yang memang 'friendly' dengan sesiapa saja. Dia akan melayan customer@supplier yang datang ke pejabat kami dengan mesra. Setiap kali kalau ada perbincangan@mesyuarat yang melibatkan mendiang...suasana tak akan sepi atau tertekan...mesti ada gelak tawanya...kini hanya tinggal kenangan.


Yamamoto san(berjaket),mcna,MD & me...

( berfoto selepas selesai discussion)



Sebelum meninggalkan ofis kami...sempat gak Yamamoto san menghulurkan buah tangan untuk kami...wah...coklat. 'Arigato Gozaimas' kataku....'sama-sama' jawab Yamamoto san (sebenarnya dia boleh berbahasa Indonesia...fasih amat)