Meninggalkan Hari Semalam Yang Pahit...Walau Dalam Payah Yang Amat...
Mendatangi Hari ini.....Dalam Tenang Yang Rela......
Menunggu Hari Esok....Dengan Harapan.

Tuesday, January 18, 2011

I'M BACK!!!!

Salam sejahtera untuk semua....

Dah hampir 7 bulan tinggalkan blog ni...dah bersawang2...huk3. Harap2 lepas ni ada masa dan mood balik untuk update blog....insyaallah.

Wednesday, June 23, 2010

Sekadar Renungan...

Buat apa anda menghabiskan air mata
dan membiarkan hati gelisah kerana intimidasi?
Serahkan saja semua itu sepenuhnya
kepada Tuhan Yang Maha Mulia
kerana jika hati sudah menjadi tenang
maka jalan keluar pasti akan terbuka

Tuesday, April 27, 2010

Renungan...Waspadalah Terhadap Kerinduan.

Hati-hatilah terhadap perasaan rindu, sebab ia boleh menimbulkan kecemasan dan kesedihan

yang berlanjutan. Termasuk kebahagiaan seorang muslim adalah jauh dari ratapan para

penyair, ungkapan kesedihan mereka, ungkapan kerinduan mereka, dan jauh dari pengaduan

mereka atas putusnya, terjalinnya, atau terkandasnya hubungan mereka dengan kekasih

mereka; sebab semua itu penyebab kegelisahan hati.


Petikan dari buku La Tahzan

Friday, April 23, 2010

Gembira...terharu...rasa macam tak percaya!

Pagi ni dapat minum ngan kawan sekolah yang dah hampir 32 tahun tak jumpa...macam tak caya...
Gini kisahnya...
Sabtu lepas...dapat add FB Esah Yaman (last bersama masa form 5 dulu....wah...lama sesgt dah). Dapat chat kejap n ptg tu Esah call (rupanya dia tgh ambik PJJ kat UKM, menetap di Puchong n bertugas kat Telekom Shah Alam) wah...dapat dengar suara pun dah gembira dan terharu sangat.
Dan pagi ni...Esah call lagi...kebetulan dia ada meeting kat Bangi...kol 9.25 pagi, Esah call lagi...dah ada depan ofisku...mimpi ke ni?
Dalam kereta...kami kelu kejap...bayangkan dah 32 tahun tak jumpa...last kami sama2 dulu masih beruniform sekolah lagi...Tuhanku...syukur, kami dipertemukan semula.
Minum dan sambil makan2 sikit...kami tak henti2 bercerita...wah...terharu sangat. Sejam masa berlalu...tak terasa.
Insyaallah kami akan sama2 cuba menjejaki kawan2 yang lain...terima kasih kepada Cekgu Azmy yang banyak menyumbangkan maklumat kepada kami.
Sayangnya...oleh kerana terlalu excited...lupa nak snap pic...

Monday, April 19, 2010

Renungan...

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatan pada hari ini.
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menghilang.
Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci terhadap nikmat.
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak taqdir, dan tidak mendatangkan manfaat.
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.
(Petikan dari buku La Tahzan)

Friday, April 16, 2010

Sekitar Majlis Persandingan Angah Di Tanah Merah...

Dah hampir seminggu berlalu...dek kerana kesibukan...hari ni baru ada peluang sikit untuk N3 ni...


(Rombongan kami tiba di perkarangan rumah Nik...)

(Angah dipayungi Abe...)

(Hantaran untuk Nik...)

(Hantaran dari Nik untuk Angah...)

(Pelamin Silver color...)

(Pengantin di singgahsana...)

(Senyuman manis Angah & Nik dihari bersejarah...)

(Nenek Angah...ibu mertuaku turut bergambar...)

(Kaum keluarga....)

(Along, Abe & Dekya....)

(Makan beradap...)

(Angah bersalaman sebelum bas kami bertolak balik ke KL)

(Bye....)



Monday, April 12, 2010

Saat Angah Diakad Nikah...

Debaran jantung yang terlampau....itulah yang dapat ku katakan saat Angah menggenggam tangan Jurunikah pada malam 9hb April, 2010.

Tepat jam 9.27 malam...dengan 3 kali lafaz..Angah (Ahmad Hidayat) sah bergelar suami kepada Nik (Nik Rokiah).

Syukur Alhamdulillah!!!

(Selepas upacara membatal air sembahyang....)