Meninggalkan Hari Semalam Yang Pahit...Walau Dalam Payah Yang Amat...
Mendatangi Hari ini.....Dalam Tenang Yang Rela......
Menunggu Hari Esok....Dengan Harapan.

Tuesday, April 27, 2010

Renungan...Waspadalah Terhadap Kerinduan.

Hati-hatilah terhadap perasaan rindu, sebab ia boleh menimbulkan kecemasan dan kesedihan

yang berlanjutan. Termasuk kebahagiaan seorang muslim adalah jauh dari ratapan para

penyair, ungkapan kesedihan mereka, ungkapan kerinduan mereka, dan jauh dari pengaduan

mereka atas putusnya, terjalinnya, atau terkandasnya hubungan mereka dengan kekasih

mereka; sebab semua itu penyebab kegelisahan hati.


Petikan dari buku La Tahzan

Friday, April 23, 2010

Gembira...terharu...rasa macam tak percaya!

Pagi ni dapat minum ngan kawan sekolah yang dah hampir 32 tahun tak jumpa...macam tak caya...
Gini kisahnya...
Sabtu lepas...dapat add FB Esah Yaman (last bersama masa form 5 dulu....wah...lama sesgt dah). Dapat chat kejap n ptg tu Esah call (rupanya dia tgh ambik PJJ kat UKM, menetap di Puchong n bertugas kat Telekom Shah Alam) wah...dapat dengar suara pun dah gembira dan terharu sangat.
Dan pagi ni...Esah call lagi...kebetulan dia ada meeting kat Bangi...kol 9.25 pagi, Esah call lagi...dah ada depan ofisku...mimpi ke ni?
Dalam kereta...kami kelu kejap...bayangkan dah 32 tahun tak jumpa...last kami sama2 dulu masih beruniform sekolah lagi...Tuhanku...syukur, kami dipertemukan semula.
Minum dan sambil makan2 sikit...kami tak henti2 bercerita...wah...terharu sangat. Sejam masa berlalu...tak terasa.
Insyaallah kami akan sama2 cuba menjejaki kawan2 yang lain...terima kasih kepada Cekgu Azmy yang banyak menyumbangkan maklumat kepada kami.
Sayangnya...oleh kerana terlalu excited...lupa nak snap pic...

Monday, April 19, 2010

Renungan...

Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih akan selalu mengganggumu dengan kenangan masa lalu, akan membuatmu khuatir dengan segala kemungkinan di masa yang akan datang, dan akan menyia-nyiakan kesempatan pada hari ini.
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih hanya akan membuat hati menjadi kecut, wajah menjadi muram, semangat akan padam, dan harapan akan menghilang.
Jangan bersedih! Sebab kesedihan hanya akan membuat musuh gembira, membuat kawan bersedih, membuat orang yang mendengki senang, dan membuat hakikat-hakikat yang ada berubah.
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih sama dengan menentang qadha', dan menyesali sesuatu yang pasti, jauh dari sikap lembut, dan benci terhadap nikmat.
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih tidak akan pernah mengembalikan sesuatu yang hilang dan semua yang telah pergi, tidak akan membangkitkan orang yang telah mati, tidak mampu menolak taqdir, dan tidak mendatangkan manfaat.
Jangan bersedih! Sesungguhnya rasa sedih itu datangnya dari syaitan, dan kesedihan itu adalah rasa putus asa yang menakutkan, kefakiran yang menimpa, putus asa yang berlanjutan, depresi yang harus dihadapi, dan kegagalan yang menyakitkan.
(Petikan dari buku La Tahzan)

Friday, April 16, 2010

Sekitar Majlis Persandingan Angah Di Tanah Merah...

Dah hampir seminggu berlalu...dek kerana kesibukan...hari ni baru ada peluang sikit untuk N3 ni...


(Rombongan kami tiba di perkarangan rumah Nik...)

(Angah dipayungi Abe...)

(Hantaran untuk Nik...)

(Hantaran dari Nik untuk Angah...)

(Pelamin Silver color...)

(Pengantin di singgahsana...)

(Senyuman manis Angah & Nik dihari bersejarah...)

(Nenek Angah...ibu mertuaku turut bergambar...)

(Kaum keluarga....)

(Along, Abe & Dekya....)

(Makan beradap...)

(Angah bersalaman sebelum bas kami bertolak balik ke KL)

(Bye....)



Monday, April 12, 2010

Saat Angah Diakad Nikah...

Debaran jantung yang terlampau....itulah yang dapat ku katakan saat Angah menggenggam tangan Jurunikah pada malam 9hb April, 2010.

Tepat jam 9.27 malam...dengan 3 kali lafaz..Angah (Ahmad Hidayat) sah bergelar suami kepada Nik (Nik Rokiah).

Syukur Alhamdulillah!!!

(Selepas upacara membatal air sembahyang....)

Buah Nam-Nam @ Buah Katak Puru


Majlis nikah Angah diadakan di Masjid Bukit Durian lepas Isyak....Jadi waktu siangnya kami semua rayau-rayau kat pasar Tanah Merah...Bershopping sakanlah dia orang...aku lak...apa lagi..borong makanan...laksam, lompat tikam, koleh sagu, belebab, pulut bakar, nasi dagang...wah3...ikut hati semua kuih nak ku beli...tapi...berpada-pada lah ek...


Dalam duk round dalam pasar tu...ternampak lak 'buah katak puru' (hubby kata buah Nam-nam...aku sendiri tak pasti)

(Buah Katak Puru @ Buah Nam-Nam)

Buah ni sebenarnya menjadi kegemaranku sejak zaman kanak2 dulu lagi (masa kat kampung)...sampai sekarang ni pun kalau sesekali balik kampung...jiranku tak pernah lupa untuk membekalkannya untuk ku.

Tapi sedikit geli hati...bila ditunjukan buah ni kat Dekya si kecik ku...sambil bekerut dahi...buah pelik, kelat dan tak sedap katanya...

Rombongan Keluarga Ke Kelantan...

8hb April, 2010 jam 10.45 malam...kami bertolak dari uptown Shah alam (umah adik ipar). Kami ke Kelantan ikut Gerik...lebih santai.




(Bas yang kami sewa khas...)



(Famili...)

Kami singgah solat Subuh kat Masjid Bukit Bunga dan terus sarapan pagi (nasi kerabu...) sambil berihat sebentar....dan selepas tu kami meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang.


Oleh kerana masih awal pagi dan hari tu hari Jumaat lak...hanya beberapa kedai je yang dibuka.




(Pekan Rantau Panjang....)

Rayau-rayau jap kat Pekan Rantau Panjang...walaupun dilahirkan dan dibesarkan di Pasir Mas...tapi sebenarnya banyak tempat di RP ni yang aku sendiri tak tau...diantaranya:-



(Pengkalan Tok Awang...)

(Pengkalan Tok Awang dan sungai Golok...sungai yang memisahkan Malaysia dan Thailand)




(Pekan Golok...tapi tak berani nak berperahu ke sana...Insyaallah satu hari nanti ek..)

Penat rayau-rayau...kami menaiki bas semula dan terus ke Tanah Merah..tempat penginapan kami.



(E'mage Park Inn...hotel penginapan kami)

Wednesday, April 7, 2010

Doakan kami selamat...segalanya.

Pukul 10 pagi tadi ada buat doa selamat sikit kat ofis. Malam ni InsyaAllah...rombongan kami akan bertolak ke Kelantan untuk majlis pernikahan Angah...harap semua dapat doakan keselamatan perjalanan dan kesempurnaan majlis itu nanti.
(Antara menu doa selamat pagi tadi....terima kasih kengkawan yang membantu)

Saturday, April 3, 2010

Agenda Seterusnya....


Cuti Sabtu n Ahad...apa lagi...tumpukan masa dan tenaga untuk siapkan hantaran Angah dan bunga pahar Along/Angah...



(Hantaran Angah...hampir2 siap...)

(Bunga Pahar Pink Dip....)

Ke Wedding Galore Boutique...

Khamis lepas ambik cuti satu hari...ke KL ngan Along...pepagi lagi kami berdua dah mundar-mandir kat jln TAR tu...cari baju melayu untuk Abe (pengapit Angah kat Kelantan nanti), cari baju untuk Dekya, beli bahan2 tambahan untuk bunga pahar dan macam2 lagi lah...fuhhh...letih menapak.
Jam 3 ptg kami bertolak balik dari KL...tapi tak terus balik umah...singgah lak kat ' Wedding Galore Boutique' di BBB....bayar deposit pakej pelamin untuk hari langsung Along dan Angah nanti....kebetulan lak petang tu Angah n Nik offday...jadi dapatlah kami together2 di boutique tu...Angah /Nik , Along (Haikal tak ikut serta ) pilih baju yang sesuai untuk dikenakan pada hari
bersejarah dia orang nanti.



(Diantara koleksi pakaian pengantin di Wedding Galore...)

Dah lama menyepi...

Dah lama sungguh tak buat new entry ni...maklum saja la...sibuk sesangat sejak kebelakangan ni...
Tarikh majlis pernikahan & persandingan Angah kat Kelantan dah makin dekat...banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum hari tersebut...
Hubungi adik-beradik dan saudara-mara yang akan ikut serta rombongan...confirmkan bas yang akan membawa kami....tempah tempat penginapan di kelantan nanti....siapkan hantaran Angah dan yang paling penting kerja2 kat ofis yang perlu dibereskan sebelum bercuti panjang nanti.......fuuuhhhh...harap semua berjalan lancar.