Meninggalkan Hari Semalam Yang Pahit...Walau Dalam Payah Yang Amat...
Mendatangi Hari ini.....Dalam Tenang Yang Rela......
Menunggu Hari Esok....Dengan Harapan.

Tuesday, January 26, 2010

Pulut Pagi...

Sarapan apa pagi ni ek?

Dah lama rasanya tak makan pulut pagi ni...kalau kat Kelantan, pulut pagi ni memang dah jadi macam sarapan wajib....sedap dan senang nak buat.


(Pulut Pagi.....dah rasa sikit tu...)

Nak cuba buat sendiri?

Ni ada resepinya....cuba ek!!!


Bahan-bahannya:

1 cawan beras pulut (direndam 2 jam dan toskan)

3/4 cawan gula melaka (di sagat halus)

1/2 cawan kelapa parut (gaul dengan secubit garam)



(beras pulut dikukus hingga masak)


(gaul gula melaka dengan pulut semasa pulut masih panas)


Cara-cara:

1. Kukus pulut sehingga masak.

2. Semasa pulut panas-panas, taburkan gula melaka yang telah disagat tadi dan gaul
sehingga betul-betul rata.

3. Hidangkan dengan kelapa parut tadi (kalau dibungkus dengan daun pisang...ermm..
lagi meyelerakan...)

No comments:

Post a Comment